Terima Kasih kerana sudi singgah di sini...
BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

Jumaat, 8 Julai 2011

Sinopsis Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.

Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat. Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat.

Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa.

Selain itu, berdasarkan teaching, learning and computing: a national survey of school and teachers, center for research on information technology and organizations indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:

a- Sekolah awam boleh mengases internet.
b- Internet disambungkan dalam bilik darjah.
c- Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.
d- Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.
e- Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
f- Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
g- Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
h- Internet digunakan dalam subjek pengajran.
i- Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.

Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran. Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat membantu guru meningkatkan perkembangan profesional mereka melalui latihan, pembelajaran dan kursus-kursus yang diadakan.

Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan menjadikan:

a- Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar
b- Meningkatkan emphasis ke atas individu
c- Lebih masa untuk guru menasihati pelajar
d- Meningkatkan minat dalam pengajaran
e- Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi
f- Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi
g- Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru
h- Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi pengajaran
i- Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat

1 ulasan: