Terima Kasih kerana sudi singgah di sini...
BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

Jumaat, 15 Julai 2011

Selasa, 12 Julai 2011

Pesanan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...


1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )


2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Jumaat, 8 Julai 2011

Sinopsis Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini masyarakat yang celik komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.

Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat. Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan dengan persembahan dan kandungan maklumat.

Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan. Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Penulis menyarankan agar guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa.

Selain itu, berdasarkan teaching, learning and computing: a national survey of school and teachers, center for research on information technology and organizations indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:

a- Sekolah awam boleh mengases internet.
b- Internet disambungkan dalam bilik darjah.
c- Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.
d- Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.
e- Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.
f- Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.
g- Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.
h- Internet digunakan dalam subjek pengajran.
i- Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.

Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran. Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat membantu guru meningkatkan perkembangan profesional mereka melalui latihan, pembelajaran dan kursus-kursus yang diadakan.

Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT dalam pendidikan menjadikan:

a- Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar
b- Meningkatkan emphasis ke atas individu
c- Lebih masa untuk guru menasihati pelajar
d- Meningkatkan minat dalam pengajaran
e- Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi
f- Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi
g- Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru
h- Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi pengajaran
i- Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sukan SK Bandar Baharu 2011

                    Acara perbarisan sedang berlangsung        
                     Rumah Biru dengan penuh bergaya
                        Bersiap sedia memberi sokongan
                           Bersedia untuk acara 100m
                Memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing
                      Suasana di khemah Rumah Merah




Khamis, 7 Julai 2011

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

Larian 1 Murid 1 Sukan SK Bandar Baharu (02 Julai 2011)

      Murid-murid berkumpul sebelum acara bermula                            
           Sebahagian daripada peserta larian
            Semangat kesukanan
Susahnya nak suruh beratur

Jumaat, 10 Jun 2011

Internet



Internet berasal dari perkataan International Networking, merupakan dua komputer atau lebih yang saling berhubungan membentuk jaringan komputer hingga meliputi jutaan komputer di dunia (internasional). Di mana saling berinteraksi dan bertukar informasi sedangkan dari segi ilmu pengetahuan, internet merupakan sebuah perpustakaan besar yang di dalamnya terdapat jutaan informasi atau data yang berbentuk teks, grafik, audio serta animasi dan lain-lain dalam bentuk media elektronik. Ini memudahkan orang ramai berkunjung ke internet tidak kira di mana sahaja berada. Manakala dari segi komunikasi internet pula adalah saluran yang sangat efektif dan efesien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh. Disebalik penggunaan teknologi komunikasi, Internet banyak memberi kebaikan kepada pelajar. Namun, harus diingat bahawa Internet juga menyumbang keburukan kepada pelajar jika disalahgunakan.

KEBAIKAN INTERNET
Internet banyak memberi manfaat kepada pelajar  terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Internet membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi.
Masyarakat juga tidak terlepas dari merasai bahang internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas sama ada berita liputan di dalam atau di luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti Piala Dunia mahupun berita panas seperti penggunaan kalimah Allah dan pengeboman gereja. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak dibawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.
 Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Contoh, RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat.
Pada pandangan saya internet memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.
Bagaimana pula dengan pandangan anda dalam penggunaan e-mel?

Pada pandangan saya, E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan manusia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan mempunyai sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .  

KEBURUKAN INTERNET
Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada masa kini.
Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer.
Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada kita banyak membawa kebaikan daripada keburukan?

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

http://webhost.tsu.ac.th/smuhammad/pdf/Penggunaan%20Komputer%20dlm%20pengajaran%20bahasa.pdf